Saturday 22 October 2011

Mykad Smartshopper Program


Salam 1 Malaysia,

Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik e-Government - Kad Pintar (MyKad)

Seiring dengan kepesatan kemajuan ICT, pada tahun 2009 Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Multimedia Super Corridor (MSC) di mana merangkumi 7 teras aplikasi perdana antaranya adalah mempelbagaikan penggunaan Kad Pintar ataupun Mykad. Multimedia Development Corporation (MDeC) telah diberi mandat untuk membangunkan aplikasi pelbagai guna di dalam Mykad. Sedar ataupun tidak terdapat lebih 50 aplikasi terdapat dalam Mykad selain pengenalan diri Mykad berfungsi sebagai memperbaharui lesen memandu, Touch n Go, KWSP dsb. Sehubungan dengan itu, pada November 2010 satu lagi aplikasi telah dibangunkan iaitu MyKad Smart Shopper Programme melalui Affiliate Junction (ruj. http://mykad.aj.my/). Program ini dengan usahasama MDeC dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kerjasama kuat juga dengan Asean Retail-Chains & Franchise Federation (ARFF) & Malaysia Retailer-Chains Association (MRCA).

Melalui program ini,

Kami memerlukan ramai orang yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Dealer/Agent bagi merealisasikan projek ini, apabila mykad pengguna diaktifkan (Aktif adalah Free-pengguna IC dapat Diskaun bila berbelanja). Sebagai Dealer/Agent, banyak kelebihan dan keistimewaan bakal diperolehi. Setiap perbelanjaan pengguna-pengguna MyKad, pengguna dapat Diskaun, anda akan peroleh Komisyen SEUMUR HIDUP bagi setiap perbelanjaan bagi setiap pemegang IC. Anda juga boleh masukkan kedai ke dalam program ini, 500 syarikat pertama Free (Dana MDeC), kedai buat untung dalam program ini, anda turut peroleh komisyen. Potential adalah 27 Juta Pemegang IC (Database) dan semua kategori perniagaan boleh terlibat asalkan berasaskan pengguna. Antara bentuk KOMISYEN:

-Orang pergi makan FastFood/mamak/café dll anda dapat komisyen
-Orang pergi shoping anda dapat Komisyen
-Orang pergi tengok wayang, anda dapat komisyen
-Orang pergi klinik pun anda dapat Komisyen
-Orang pergi Dobi pun anda dapat Komisyen
-Orang basuh kereta pun anda dapat Komisyen
-Kedai makan untung pun anda dapat komisyen
-Becoming,orang isi minyak pun anda dapat komisyen
-orang berbelanja dengan Credit Card pun anda dapat Komisyen
-orang beli kereta pun anda dapat komisyen dan banyak lagi……

Namun kuota Dealer/Agent yang diperlukan adalah TERHAD.

Anda dipelawa untuk menjadi salah seorang Dealer/Agent Mykad kami atau ingin mengetahui lanjut mengenai program ini sila sertakan butiran untuk jemujanji. ASAP.

Nama:
Umur :
Location:
Pekerjaan:
No. Tel:
Email:
(Syarat: berumur 18 tahun keatas sahaja)

EN. MAZRUL RAMZI BIN MOKHTAR
AUTHORIZED AGENCY
No. Tel: +6017 266 3459
Email : mrm_85@yahoo.com

Tuesday 11 October 2011

45 000 Orang Muda Muflis Di Malaysia - apakah tindakan kita?

SUBANG JAYA - Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.

"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.

~sumber: kosmo 12 Oktober 2011

Fakta yg menarik utk direnungi. Alah membeli, menang memakai, last2 kita terjerat dgn bebanan hutang. Tindakan segera? Berniaga @ keje part time sama ada offline/online. Walau sekadar pendapatan tambahan, tapi RM200-300 yg diperoleh cukup utk mengurangkan defisit dlm bajet peribadi/keluarga. Kan kan :-)

Wednesday 5 October 2011

Di Keheningan Malam

"Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara Kau dan aku


Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku..."

- terkenang lirik nasyid ketika zaman menuntut ilmu..setiap kali dugaan dan cabaran dirasakan semakin menggunung, jalan di hadapan dirasakan semakin berliku dan awan semakin gelap menghampiri, ketenangan pasti diraih tatkala mengenangkan bahawa Allah menguji tiap hamba-Nya berdasarkan kemampuan seseorang..
Meniti usia kematangan kadang kala kita terlupa untuk barjalan mengikut gerak hati..mungkin kerana kita semakin yakin pada diri dan kewibawaan sendiri..
Dan apabila hilang keyakinan dek ujian yang menimpa, kita sering sudah tidak dapat mengenal kekuatan diri..
Entry kali ini diluahkan sebagai renungan kita semua yang sudah jauh menapak atas jalan yang dipilih, seandainya dirasakan semakin berliku, kembalilah pada Yang memberi kekuatan tatkala kita pernah jatuh suatu masa dahulu.. (^_^)

Monday 26 September 2011

Diet Rasulullah

29 Syawal 1432H


Alkisah...3 hari terakhir ni jamuan raya berturut-turut plak..br azam lepas seminggu syawal nk turunkan berat bdn tp tuntutan menghadiri undangan jamuan raya xleh dilepaskan..(^.^)


Sekarang ni banyak kaedah @ cara untuk kawal pemakanan dan petua2 diet daripada pakar-pakar diet sedunia..kdg2 bercanggah pendapat pn ada..


So entry kali ni membawa kita untuk melihat cara diet daripada nabi kita sendiri iaitu Rasulullah S.A.W..


Sumber daripada ustaz Abdullah Mahmood katanya, Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga pemakanan setiap hari..So apa kata kita ikut diet Rasulullah ni je tak perlu mkn pil kurus n mcm2 pil lg..insyaAllah kita xkan sakit perut atau keracunan makanan..


1. Jangan makan SUSU+DAGING
2. Jangan makan DAGING+IKAN
3. Jangan makan IKAN+SUSU
4. Jangan makan AYAM+SUSU
5. Jangan makan IKAN+TELUR
6. Jangan makan IKAN+DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU+CUKA
8. Jangan makan BUAH+SUSU contoh: KOKTEL


Amalan:
* Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah dahulu, baru makan nasi
* Jangan sesekali tinggal makan malam, sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda - makan skit pun jadi, jgn mkn byk plak dah le..hehe


Nampak memanglah pelik, tapi cuba amalkan..ia xde la dalam jangka masa terdekat tapi insyaAllah berkesan sehingga kita tua nnt..


Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dgn makanan laut..Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri senang mendapat penyakit..ini terbukti apabila seorang saintis menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam badan ikan ada ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita..


Tips extra: amalan di pagi hari


1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik
    ---> Air sejuk yang meresap ke dlm badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais).
    ---> mujarabnya insyaAllah jauh daripada sakit (susah nk kena penyakit)
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya selama seminit selepas membaca doa)
   - --> ia boleh mengelak dari pening atau migrain
Selamat mencuba dan menyampaikan walau sepatah ayat..(^.^)

Mazrul Ramzi

Saturday 24 September 2011

Terminal Bersepadu Selatan - in a glimpse

Sunday-Sept 25, 2011

Jam 0900 - kali pertama menjejakkan kaki di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan ke Melaka.."wow, i'm proud to be a Malaysian" itulah yg terdetik bila meneliti 'view' di sini dari segi design concept dan fasiliti yg disediakan..




Walaupun byk tanggapan negatif sewaktu pembinaan terminal bas ni, tapi bak kata orang, 'tak penting dari mana kita bermula, yg penting adalah pengakhirannya..' so 1 hari hopefully TBS ni akn jadi salah 1 icon Malaysia di mata dunia..Malaysia Boleh!!!

Thursday 22 September 2011

Kaum wanita...please be alert!!!

~cerita seorang sahabat~

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Be extra careful,ladies...:-)

Friday 16 September 2011

Perarakan Hari Malaysia di Utara

Merdeka!!!
Walaupun tanggal 31 Ogos 2011 telah berlalu, namun pada tahun ini kita memilih tanggal 16 September untuk meraikan Merdeka sempena Hari Pembentukan Malaysia..
Walaupun tidak se-happening sambutan di Dataran Merdeka, namun sambutan dan acara perbarisan di Kangar cukup mengagumkan buat warga rakyat jelata Perlis..:-)

Rakyat jelata negeri Perlis penuh semangat menunggu perbarisan...

Kawad ala-ala santai..:-)

Segak bergaya abg2 kadet ni..

Abg2 polis plak..

Yang ditunggu-tunggu..geng basikal zaman dulu2..very nice!!