Monday 26 September 2011

Diet Rasulullah

29 Syawal 1432H


Alkisah...3 hari terakhir ni jamuan raya berturut-turut plak..br azam lepas seminggu syawal nk turunkan berat bdn tp tuntutan menghadiri undangan jamuan raya xleh dilepaskan..(^.^)


Sekarang ni banyak kaedah @ cara untuk kawal pemakanan dan petua2 diet daripada pakar-pakar diet sedunia..kdg2 bercanggah pendapat pn ada..


So entry kali ni membawa kita untuk melihat cara diet daripada nabi kita sendiri iaitu Rasulullah S.A.W..


Sumber daripada ustaz Abdullah Mahmood katanya, Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga pemakanan setiap hari..So apa kata kita ikut diet Rasulullah ni je tak perlu mkn pil kurus n mcm2 pil lg..insyaAllah kita xkan sakit perut atau keracunan makanan..


1. Jangan makan SUSU+DAGING
2. Jangan makan DAGING+IKAN
3. Jangan makan IKAN+SUSU
4. Jangan makan AYAM+SUSU
5. Jangan makan IKAN+TELUR
6. Jangan makan IKAN+DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU+CUKA
8. Jangan makan BUAH+SUSU contoh: KOKTEL


Amalan:
* Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah dahulu, baru makan nasi
* Jangan sesekali tinggal makan malam, sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda - makan skit pun jadi, jgn mkn byk plak dah le..hehe


Nampak memanglah pelik, tapi cuba amalkan..ia xde la dalam jangka masa terdekat tapi insyaAllah berkesan sehingga kita tua nnt..


Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dgn makanan laut..Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri senang mendapat penyakit..ini terbukti apabila seorang saintis menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam badan ikan ada ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita..


Tips extra: amalan di pagi hari


1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik
    ---> Air sejuk yang meresap ke dlm badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais).
    ---> mujarabnya insyaAllah jauh daripada sakit (susah nk kena penyakit)
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya selama seminit selepas membaca doa)
   - --> ia boleh mengelak dari pening atau migrain
Selamat mencuba dan menyampaikan walau sepatah ayat..(^.^)

Mazrul Ramzi

Saturday 24 September 2011

Terminal Bersepadu Selatan - in a glimpse

Sunday-Sept 25, 2011

Jam 0900 - kali pertama menjejakkan kaki di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan ke Melaka.."wow, i'm proud to be a Malaysian" itulah yg terdetik bila meneliti 'view' di sini dari segi design concept dan fasiliti yg disediakan..




Walaupun byk tanggapan negatif sewaktu pembinaan terminal bas ni, tapi bak kata orang, 'tak penting dari mana kita bermula, yg penting adalah pengakhirannya..' so 1 hari hopefully TBS ni akn jadi salah 1 icon Malaysia di mata dunia..Malaysia Boleh!!!

Thursday 22 September 2011

Kaum wanita...please be alert!!!

~cerita seorang sahabat~

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Be extra careful,ladies...:-)

Friday 16 September 2011

Perarakan Hari Malaysia di Utara

Merdeka!!!
Walaupun tanggal 31 Ogos 2011 telah berlalu, namun pada tahun ini kita memilih tanggal 16 September untuk meraikan Merdeka sempena Hari Pembentukan Malaysia..
Walaupun tidak se-happening sambutan di Dataran Merdeka, namun sambutan dan acara perbarisan di Kangar cukup mengagumkan buat warga rakyat jelata Perlis..:-)

Rakyat jelata negeri Perlis penuh semangat menunggu perbarisan...

Kawad ala-ala santai..:-)

Segak bergaya abg2 kadet ni..

Abg2 polis plak..

Yang ditunggu-tunggu..geng basikal zaman dulu2..very nice!!

Thursday 15 September 2011

Ahlan Wasahlan..


Bismillah...

Akhirnya blog sendiri berjaya dinukilkan setelah sekian lama diilham dan direncanakan melalui minda dan hati..
Moga perkongsian ilmu, ilham, idea dan coretan rasa akan menjadi acuan untuk menjadikan hidup ini penuh warna warni...

Selamat datang ke blog saya..:-)