Tuesday, 11 October 2011

45 000 Orang Muda Muflis Di Malaysia - apakah tindakan kita?

SUBANG JAYA - Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.

"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.

~sumber: kosmo 12 Oktober 2011

Fakta yg menarik utk direnungi. Alah membeli, menang memakai, last2 kita terjerat dgn bebanan hutang. Tindakan segera? Berniaga @ keje part time sama ada offline/online. Walau sekadar pendapatan tambahan, tapi RM200-300 yg diperoleh cukup utk mengurangkan defisit dlm bajet peribadi/keluarga. Kan kan :-)

6 comments:

sis92 said...

asyik shopping :)

mazrul ramzi mokhtar said...

Ye btul jgk tu sis92..:-)

myviputih said...

kos sara hidup makin meningkat

mazrul ramzi mokhtar said...

ye btul tu myviputih..so kena ikhtiar plan B sama..:-)

Fabulous Me said...

Melampau. Tpi mmg. Kalau tak muflis, age 20 dah blacklist! Ssh mcm tuh.. SO for those anak2 or adik2 utk starting, jgn pakai credit card :P

pengalaman yg bkerja di sector perbankkan.. :)

mazrul ramzi mokhtar said...

Fabulous me: ye btul tu..kad kredit klu x pandai manage teruk kita di kemudian hari..:-)