Monday 26 September 2011

Diet Rasulullah

29 Syawal 1432H


Alkisah...3 hari terakhir ni jamuan raya berturut-turut plak..br azam lepas seminggu syawal nk turunkan berat bdn tp tuntutan menghadiri undangan jamuan raya xleh dilepaskan..(^.^)


Sekarang ni banyak kaedah @ cara untuk kawal pemakanan dan petua2 diet daripada pakar-pakar diet sedunia..kdg2 bercanggah pendapat pn ada..


So entry kali ni membawa kita untuk melihat cara diet daripada nabi kita sendiri iaitu Rasulullah S.A.W..


Sumber daripada ustaz Abdullah Mahmood katanya, Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayat baginda kerana pandai menjaga pemakanan setiap hari..So apa kata kita ikut diet Rasulullah ni je tak perlu mkn pil kurus n mcm2 pil lg..insyaAllah kita xkan sakit perut atau keracunan makanan..


1. Jangan makan SUSU+DAGING
2. Jangan makan DAGING+IKAN
3. Jangan makan IKAN+SUSU
4. Jangan makan AYAM+SUSU
5. Jangan makan IKAN+TELUR
6. Jangan makan IKAN+DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU+CUKA
8. Jangan makan BUAH+SUSU contoh: KOKTEL


Amalan:
* Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah dahulu, baru makan nasi
* Jangan sesekali tinggal makan malam, sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda - makan skit pun jadi, jgn mkn byk plak dah le..hehe


Nampak memanglah pelik, tapi cuba amalkan..ia xde la dalam jangka masa terdekat tapi insyaAllah berkesan sehingga kita tua nnt..


Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dgn makanan laut..Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri senang mendapat penyakit..ini terbukti apabila seorang saintis menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam badan ikan ada ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita..


Tips extra: amalan di pagi hari


1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik
    ---> Air sejuk yang meresap ke dlm badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais).
    ---> mujarabnya insyaAllah jauh daripada sakit (susah nk kena penyakit)
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya selama seminit selepas membaca doa)
   - --> ia boleh mengelak dari pening atau migrain
Selamat mencuba dan menyampaikan walau sepatah ayat..(^.^)

Mazrul Ramzi

20 comments:

lieya_idlia2307 said...

salam..amalan yang bek untuk kita ikot kan..nak cuba arr t..

Mama Aishah said...

bagus tips nie

azaias said...

thanks for sharing..ilmu yang bermanfaat ni..byk tips n info..:))

KC@ella said...

Jom kita amalkan sama2. Mudah2an sihat.

~ selowmelor ~ said...

tq 4 d info :) minta izin saya email ke suami ye :) terima kasih :)

mazrul ramzi mokhtar said...

Sama2..ye jom kita amalkan skit2 sbg permulaan..
Selowmelor - sila2 kita kongsi ramai2..:-)

aReLaN said...

mmg bagus nye tips.tp dok kt msia ni mkn sedap je memanjang.huhu

Misz Nuriz said...

gud info.. time kasih :)

mazrul ramzi mokhtar said...

aReLaN: tu la pasal..dugaan mkn ni mencabar btul..huhu.
Thanks semua for comment..:-)

Unknown said...

amalan yg wajar diikuti..:)

mazrul ramzi mokhtar said...

Jom kita cuba ikuti..:-)

The day we meet said...

nice sharing...
tapi..yg koktel tu sy suka sgt2!!camna nak tinggalkan..huhu

mazrul ramzi mokhtar said...

Norlida ~ alamak yg tu sy pn xde idea..huhu..:)

Green Apple said...

koktel tu sesekali.. diharuskan... heeee

mazrul ramzi mokhtar said...

Green apple ~ ye boleh skali skala..:-)

ChocStrawberries said...

Tips yang sgt... sgt... sgt... berguna... time ksh krn berkongsi ilmu ini..

mazrul ramzi mokhtar said...

Sama..:-)

Kak Mahh said...

Good info

Fukumitsu said...

artikel yang sangat bermanfaat, Insya Allah akan saya amalkan. Thanks ^_^

mazrul ramzi mokhtar said...

Thanks jgk...:-)